Sunday, 13 November 2011

Sesi Persekolahan 9 jam Mulai 2012

Mulai tahun 2012, percubaan perlaksanaan sesi persekolahan selama 9 JAM akan dijalankan selama 6 bulan di sekolah-sekolah 'terpilih' di empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak. Lebih kurang 5000 orang guru akan terlibat dalam tempoh percubaan ini. Pelajar sekolah sesi pagi akan belajar daripada pukul
7:30 pagi - 4:30 petang selama 6 bulan. Nasib baik aku dah tak sekolah lagi.

PERGHH, kalau ikut pengalaman aku belajar dulu ini boleh dikira 'gila' ni kalo belajar smpai pkul 4 petang. Mapuh kalo belajor gini gaya. Bayangkan waktu belajar matapelajaran seperti Prinsip Akaun dan Add Math semakin panjang ??? Memang stress ah gini gaya.
Anda setujukah? Aku kurang setuju .
  1. Melalui pengalaman aku sebagai seorang pelajar, alah bisa tegal biasa, masuk je pukul 12 tengah hari, mula lah pelajar buat hal, mengantuklah. Apa lagi kan (Aku pun kadang2 tergolong dalam group ni)
  2. Kesian lah kat cikgu-cikgu yang mengajar kat sekolah tu. Cikgu bekerja bukan setakat sampai pukul 2-3 petang je. Ada jugak yang terpaksa stay kat pejabat ... Tanda kertas soalan la,tanda buku, resuming paper la, urus aktiviti koko dan banyak lagi.
  3. Lebih banyak pelajar ponteng. Haha, siapa tak sakit jiwa kalau belajar 9 jam oi.. Aku sendiri pernah gak ponteng 2 kali sebab terlalu banyak tekanan. Sekali tu aku ponteng sebab belajar matapelajaran...(confidential, x leh bagitau) . Kedua aku ponteng sebab ada satu hari tu aku sorang je pelajar lelaki yang datang ke kelas. Bosan sangat aku pun blah la.

    Siapa setuju sesipembelajaran 9 jam ni? komen pendapat anda.

No comments:

Post a Comment