Wednesday 16 November 2011

Nota Workshop

Ni ha linknye di bawah.

Note 1
Note 2
Note 3
Note 4

Sunday 13 November 2011

Sesi Persekolahan 9 jam Mulai 2012

Mulai tahun 2012, percubaan perlaksanaan sesi persekolahan selama 9 JAM akan dijalankan selama 6 bulan di sekolah-sekolah 'terpilih' di empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak. Lebih kurang 5000 orang guru akan terlibat dalam tempoh percubaan ini. Pelajar sekolah sesi pagi akan belajar daripada pukul
7:30 pagi - 4:30 petang selama 6 bulan. Nasib baik aku dah tak sekolah lagi.

PERGHH, kalau ikut pengalaman aku belajar dulu ini boleh dikira 'gila' ni kalo belajar smpai pkul 4 petang. Mapuh kalo belajor gini gaya. Bayangkan waktu belajar matapelajaran seperti Prinsip Akaun dan Add Math semakin panjang ??? Memang stress ah gini gaya.
Anda setujukah? Aku kurang setuju .
  1. Melalui pengalaman aku sebagai seorang pelajar, alah bisa tegal biasa, masuk je pukul 12 tengah hari, mula lah pelajar buat hal, mengantuklah. Apa lagi kan (Aku pun kadang2 tergolong dalam group ni)
  2. Kesian lah kat cikgu-cikgu yang mengajar kat sekolah tu. Cikgu bekerja bukan setakat sampai pukul 2-3 petang je. Ada jugak yang terpaksa stay kat pejabat ... Tanda kertas soalan la,tanda buku, resuming paper la, urus aktiviti koko dan banyak lagi.
  3. Lebih banyak pelajar ponteng. Haha, siapa tak sakit jiwa kalau belajar 9 jam oi.. Aku sendiri pernah gak ponteng 2 kali sebab terlalu banyak tekanan. Sekali tu aku ponteng sebab belajar matapelajaran...(confidential, x leh bagitau) . Kedua aku ponteng sebab ada satu hari tu aku sorang je pelajar lelaki yang datang ke kelas. Bosan sangat aku pun blah la.

    Siapa setuju sesipembelajaran 9 jam ni? komen pendapat anda.

Wednesday 2 November 2011

Hot Jamm 2011 (Battle of The Bands) @Pekan, Pahang

HOT JAMM 2011 (BATTLE OF THE BANDS)
TARIKH: 12 NOVEMBER 2011
MASA: 9:00 pagi
TEMPAT: DATARAN PEKAN, PAHANG

Dapatkan borang dan syarat penyertaan dengan menghubungi KELAB ANAK WAWASAN PEKAN PAHANG (KAWAN).
NO 12, BANGUNAN ARKED KOMERSIL, 26600 PEKAN, PAHANG.
TEL: 09-4222701 atau 017-9865703 (NINJA)/
019-7747606 (MA)/
019-9890600 (FADILLAH)/
017-9207571 (KHAIRUN)

Rocker YANTZEN akan hadir sebagai artis jemputan

GEMPAR! Dajjal Dan UFO


Assalamualaikum.

Seperti yang kita telah tahu, Dajjal (The False Messiah) merupakan manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah SWT, sama seperti Nabi Isa AS yg diangkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al-Munawwarah. Begitu juga dengan Nabi Khidir,para malaikat dan Iblis yang ditangguhkan kematian sehingga kiamat kelak.



Berbalik kepada tajuk di atas, ada pendapat mengatakan bahawa Dajjal sedang bersembunyi di suatu kawasan misteri dipanggil Segitiga Bermuda aka Bermuda Triangle.


Ada pendapat mengatakan sekarang Dajjal tinggal di kerajaan iblis dan jin di Segitiga Bermuda dan selalu keluar dengan menaiki kenderaan piring terbang yang dikenali umum sebagai UFO dan sentiasa berurusan dengan pemimpin-pemimpin besar dunia. Akhir-akhir ini, pernah juga kelihatan piring-piring terbang UFO ini muncul di bandar Vatican (pusat Katolik dunia), Rome, Itali.

Aku sengaja je nak highlight kan ayat tu supaya anda baca dengan teliti! Setelah aku terbaca ayat di atas melalui platform Facebook, aku pun terfikir. "Patutlah asyik negara Amerika je yang asyik kecoh pasal kkes-kes UFO ni." Agaknye ye lah kot Dajjal berusan dengan pemimpin-pemimpin Barat. Wallahualam. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Apa yang aku tahu pasal Segitiga Bermuda, Tempat ni boleh dikatakan tempat yang berbahaya
kepada kapal terbang dan kapal yang sedang berlayar. Kalau mengikut sejarah, boleh dikatakan beratus kapal dan kapal terbang yang telah memasuki kawasan ini, kemudian tidak ditemui lagi sehingga ke hari ini. Ada yang mengatakan mereka yang hilang itu telah dibawa ke dimensi yang lain.

Ye dok aku tak tau lah .Para Saintis pun masih bingung memikirkan apa yang terdapat di Segitiga Bermuda ini. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Wallahualam.


Sunday 30 October 2011

Hunt for clues with Tintin in his #TintinHunt! The best prize? 4D/3N holiday to Bali!

Hunt for clues with Tintin in his #TintinHunt! The best prize? 4D/3N holiday to Bali!

Butterfingers - Words VS Wisdom (lyrics)

1,2
1 2 3 4
A suck!

Wow!
Do you know you've lost your shortcut
Kiss my heart just now I sick yah
Get my arm back
Gotta get them again it all
Animate
Any way

What's the better wisdom? (do you think?)
What's the better wisdom?
Suck!
Roar
Full your mouth unless you checked up
Get my runt
Just now I sick auww

Numb my arm and gotta get them
And get it off
Get them off any way

What's the better wisdom? (do you think?)
What's the better wisdom?
Suck!

Kisah Pelik Aku dan Duit

Korang mesti pernah gunakan mesin yang masukkan duit pastu keluar air tin. Tadi aku rasa dahaga lalu aku pun pergi lah kat mesin air ni untuk ambil air. Aku nak beli air harga RM 1.60 , lalu aku masukkan lah duit kertas RM 1 .yang aku hairan pahal mesin ni asyik reject duit aku ni....


Aku pun rasa mungkin da banyak sangat duit kertas kat dalam mesin ni kot... Aku pun try lah plak guna duit syiling.. Bru je aku masukkan duit syiling sebanyak 70 sen (50 sen+20 sen) baru aku perasan mesin ni biul. sebab skrin mesin ni kosong...tiada apa-apa dipaparkan.


Pergh aku pun bengang lah kalau mesin ni telan duit aku begitu saje. Korang rasa apa tindakan aku lepas tu ? Faham2 je la apa berlaku kalau lelaki marah kan... Apa lagi... irama "Dam Dam Dam !!!" bunyi aku hentam mesin tu pakai penumbuk. Secara tiba-tiba keluar bunyi "Ka-ching" . Duit syiling bertaburan ke lantai. "Apa kejadah mesin ni? Lain aku nak lain plak yang keluar." Aku tersangatlah sakit jiwa dengan mesin ni. Sekali lagi ..DAM !!! aku hentak sepenuh tenaga..Lagi sekali "Ka-ching". Keluar duit syiling tapi dua kali ganda jumlahnya. . Tak pasal2, air yang aku mahu tapi duit plak yang keluar. Apa pun tak boleh.