Korang mesti pernah gunakan mesin yang masukkan duit pastu keluar air tin. Tadi aku rasa dahaga lalu aku pun pergi lah kat mesin air ni untuk ambil air. Aku nak beli air harga RM 1.60 , lalu aku masukkan lah duit kertas RM 1 .yang aku hairan pahal mesin ni asyik reject duit aku ni....
Aku pun rasa mungkin da banyak sangat duit kertas kat dalam mesin ni kot... Aku pun try lah plak guna duit syiling.. Bru je aku masukkan duit syiling sebanyak 70 sen (50 sen+20 sen) baru aku perasan mesin ni biul. sebab skrin mesin ni kosong...tiada apa-apa dipaparkan.
Pergh aku pun bengang lah kalau mesin ni telan duit aku begitu saje. Korang rasa apa tindakan aku lepas tu ? Faham2 je la apa berlaku kalau lelaki marah kan... Apa lagi... irama "Dam Dam Dam !!!" bunyi aku hentam mesin tu pakai penumbuk. Secara tiba-tiba keluar bunyi "Ka-ching" . Duit syiling bertaburan ke lantai. "Apa kejadah mesin ni? Lain aku nak lain plak yang keluar." Aku tersangatlah sakit jiwa dengan mesin ni. Sekali lagi ..DAM !!! aku hentak sepenuh tenaga..Lagi sekali "Ka-ching". Keluar duit syiling tapi dua kali ganda jumlahnya. . Tak pasal2, air yang aku mahu tapi duit plak yang keluar. Apa pun tak boleh.
hahaha,,,dapat duit pon x suka ka...
ReplyDeletehuhuh duit orng tuh.. x baik ambik duit orang huuhuhu
ReplyDelete