Angkat Bahu
Apabila anda berinteraksi dengan seseorang lalu dia memberikan reaksi sebegini, ini bermaksud dia tidak faham atau tidak memahami apa yang anda katakan kepadanya. Hal ini sebenarnya berlaku kerana terdapat beberapa bahasa tubuh berlaku secara serentak. Sekiranya anda mengamati gambar ini betul-betul, anda akan dapat melihat yang pertama...tapak tangan yang terbuka, yang bermaksud orang itu tiada apa-apa yang ingin disembunyikan. Dengan erti kata lain orng itu sedang bercakap benar.
Kedua, kening naik ke atas dan bahu ditolak ke atas . Kedua-dua gerak tubuh ini merupakan indikator universal yang membawa maksud orang itu dalam keadaan submissive iaitu dia tidak berniat untuk melakukan sesuatu yang tidak baik.
Mendongak Dagu
Hahaaha, yang ni mesti korang selalu tengok time orang tengah beri ceramah kan. Dagu disokong oleh ibu jari atau pangkal telapak tangan. Tindakan ini menunjukkan tindak balas negatif. Macam yang aku cakap tadi, sekiranya anda memberi ucapan atau ceramah lalu melihat pendengar memberikan reaksi begini, bererti pendengar sudah tak berminat untuk mendengar apa yang anda katakan.
Selain itu, tindakan ini juga boleh membawa maksud "Saya tidak bersetuju dengan apa yang kamu katakan."
Tindakan Yang Menunjukkan Cubaan Menipu
Kanak-kanak sedang menipu |
No comments:
Post a Comment